Rabu, 24 Oktober 2007

Peluang Urusniaga Wang Asing

Suatu Masa dahulu Negara di asia pernah dikejutkan dan hampir runtuh dengan krisis Matawang. Tahukah anda betapa besarnya kuasa mata wang?"
"Saya bukan ingin mengajak anda untuk menjadi George Soros yang pernah dituduh sebagai penyangak matawang, Tetapi mengajak anda menguasai urusniaga mata wang untuk menuju kebebasan kewangan yang sebenar"Bagaimana?Ramai orang telah mencuba pelbagai cara berlandaskan Internet dengan harapan menjadi kaya dan senang. Membuai mimpi untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Akhirnya mereka kecundang dengan pelbagai skim cepat kaya, Hyip, Perlaburan Internet dan sebagainya.Kini Semuanya telah sedar dan mula bercakap-cakap pasal Urusniaga matawang iaitu Forex. Tetapi, bagaimana?

Laman ini akan memberi panduan ringkas bagaimana anda boleh mengatur langkah....
Forex (Foreign Exchange) adalah urusniaga sah dan selalunya ada dipameran atau expo pelaburan besar dunia. Mereka yg tidak faham mudah melatah dan menyangka forex adalah pelaburan yang diharamkan kerajaan. Ianya tidak benar. Sesuatu yang merugikan jika ramai yang tidak faham mengenai forex dan menyamakannya dengan pelaburan haram di internet.

Dalam bidang ekonomi mata wang diniagakan forex trading yang memberi sumbangan pendapatan kepada sesetengan pihak. Pertukaran mata wang asing biasanya juga terikat dengan peraturan urusniaga dan dikawal oleh badan-badan tertentu oleh sesebuah negara. Di Malaysia Bank Negara Malaysia memainkan peranan yang penting dalam soal ini. Sebarang pelanggaran peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi mereka yang ingin menceburi bidang urusniaga pertukaran wang asing hendaklah mendapatkan informasi yang jelas dari mana-mana pihak dengan menyertai sebarang seminar mengenai forex supaya tidak melanggar peraturan dan mengalami kerugian.

Laman web panduan forex ini membantu anda belajar forex khasnya pelabur forex malaysia menjadi jutawan forex melalui urus niaga tukaran wang asing.

Tiada ulasan: