Khamis, 25 Oktober 2007

KAJIAN DATA DALAM PELABURAN FOREX

Seorang pernah membuat kajian mengenai forex, dengan menghantar 20 orang trader
baru menuntut dengan seorang guru di UK beberapa tahun dahulu, tetapi selepas beberapa bulan, hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya, kurang dari 5 orang. Mengapa?
Didapati, orang yang gagal tersebut complitely membuat trading yang jauh dari apa
yang diajarkan.

Kepada trader baru, carilah guru yang bersesuaian, dan apabila mendapat ilmu, amalkan,
jangan lupa walaupun nasihat yang diberikan kelihatan mudah, tetapi untuk mereka
sampai ketahap tersebut,amat susah, didalam tunujk ajar bermain saham FOREX tersebut,
terkandung 1000 kesusahan, 1000 tangisan dan 1000 keperitan. Baru mereka mencapai kejayaan, tetapi walaupun mereka berikan secara percuma, tidak ramai yang mengikutinya.

Kajian Data didalam pelaburan FOREX

1. Selama beberapa tahun saya mengendalikan seminar mengenai FOREX, saya telah
berjumpa dengan beberapa katogori trader:

a. Orang yang mendapat keuntungan berterusan melalui FOREX dengan hanya duduk dirumah, tanpa perlu bekerja. Di Malaysia ini saya menganggarkan bilangan mereka masih sedikit, tidak melebihi 5,000 orang. Tetapi di US saya menganggarkan bilangan mereka
mencecah ratusan ribu.

b. Orang yang sering belajar, tetapi masih berlegar antara untung dan rugi. Bilangan mereka
agak ramai.

c. Orang yang mula-mula untung, selepas itu rugi dan rugi. Ini merupakan bilangan yang paling ramai.

Yang paling mengejutkan, kajian mengenai orang-orang yang berjaya dalam FOREX,
mereka ini mendapat keuntungan secara konsisten, walaupun pasaran keadaan tidak
menentu. Seperkara lagi, anda akan terkejut,tanpa mereka sedari atau tidak, kesemua
mereka ini mempunyai satu konsep yang sama dan mudah diikuti oleh semua orang, tetapi
tidak semua orang mahu mengikutinya. Mengapa????? ??? Adakah mereka tidak mahu
untung dan mengambil duit yang banyak didalam FOREX.

Saya pernah berjumpa dengan seorang yang tidak berapa tinggi jawatannya didalam
dunia kerja semasa dia bekerja dahulu, tetapi melalui FOREX purata pendapatannya
didalam lingkungan RM30,000-RM150, 000 sebulan. Dia selalu mendedahkan rahsia
pelaburannya melalui internet secara percuma, melalui forum2 antarabangsa, tetapi
seperti biasa hanya segelintir yang mengikuti... ....why and why?

Tiada ulasan: