Rabu, 24 Oktober 2007

ILMU FOREX

MEMPELAJARI ILMU FOREX
Bagi menjamin supaya urusniaga anda beroleh keuntungan dan tidak menanggung kerugian anda mestilah membuat sesuatu keputusan yang bijak dan tepat. Untuk itu anda mesti menguasai sedikit sebanyak pengetahuan asas ilmu forex. Anda mesti belajar menganalisa graf dan situasi supaya boleh mebuat keputusan sama ada hendak menjual atau membeli.


Di sini saya nyatakan terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk tujuan ini iaitu:
Fundamental Analysis – FA dan Technical Analysis – TA
Kedua-duanya menjadi petunjuk kepada para pakar forex dalam menentukan keputusan tetapi berdasarkan sejarah, Fundamental Analysis lebih tepat dibandingkan Technical Analysis. Dan jangan lupa juga adanya faktor psikologi pasaran yang harus difahami.

Fundamental Analysis – FACara menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan berita terkini yang membawa kesan kepada pergerakan harga.
http://www.forexfactory.com/calendar.php

Technical Analysis – TA Cara menganalisa pergerakan pasaran melalui pembacaan graph (chart) dan indikator harga pasaran yang telah dan sedang berlangsung. Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.
http://www.investopedia.com/university/technicalhttp://www.actionforex.com

TITIK PIVOT Pergerakan harga dimana harga tidak akan bergerak terlalu jauh dari titik tersebut dalam situasi naik atau turun dan tetap kembali ke harga tersebut. Titik resistant Titik harga dimana harga sulit menembusi batas level atas tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan dapat melonjak naik dengan lancar hingga menjumpai resistant selanjutnya. Titik supportTitik harga dimana harga akan sulit menembusi batas level bawah tertentu, tetapi apabila titik itu tercapai biasanya harga akan mengalami penurunan cukup tinggi hingga menjumpai titik support berikutnya. Bagi menentukan kedudukan titik pivot, resistant dan support anda boleh mempelajarinya di
http://www.actionforex.com namun jika anda tidak mahu pening kepala anda boleh mendapatkannya secara percuma di http://www.allpivotpoints.com/forex_pivot_points

Tiada ulasan: